PUTRAJAYA 14 April 2023 – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya
Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.
“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini.” kata MOT.
Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah :

Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu) (No.2) 2023 P.U.(A) 119, had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 km sejam di seluruh Malaysia.
Di samping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment