29 Jun 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 30 Jun 2022 hingga 6 jun 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.84 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment