21 Disember 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada hari ini memaklumkan bahawa pengiktirafan Lenggong dan Labuan sebagai Geopark Kebangsaan telah dibuat pada 16 Disember 2021 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2021. Geopark Kebangsaan Lenggong berkeluasan 2,068 km2 kaya dengan keunikan landskap batuan, warisan biologi (8 biotapak) dan budaya (19 tapak budaya) serta menyimpan pelbagai sejarah formasi geologi, khasnya yang bertaraf antarabangsa.
“9 tapak geoarkeologi di Lenggong juga sebelumnya telah menerima pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Manakala Geopark Kebangsaan Labuan berkeluasan 402 km2 pula memaparkan evolusi endapan bantuan dan landskap yang membentuk Pulau Labuan serta tapaktapak biologi. Antaranya hutan paya bakau (Kinabenuwa), hutan pantai (Tanjung Kubong), santuari hidupan liar (Pulau Ular) dan taman laut (Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman) yang menjadi habitat kepada spesiesspesies burung (Layang-layang, Bangau Batu, Burung Kosa dan Kelicap Sepah). Manakala kepelbagaian warisan budaya pula boleh dilihat pada masyarakat yang mendiami perkampngan air.” kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Menurutnya lagi, pengiktirafan Lenggong dan Labuan sebagai Geopark Kebangsaan adalah satu pencapaian signifikan kepada Negara, khususnya Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pemeliharaan kelestarian alam semulajadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa (geosite of extraordinary values) seiring dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kementerian percaya bahawa kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dapat memastikan Geopark Kebangsaan ini diurus secara baik. Di samping itu, usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat khususnya di kawasankawasan di dalam wilayah Geopark Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai aktiviti dan program pembangunan geopark.” kata Takiyuddin.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment