22 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini menawarkan kepada pembangkang untuk menyertai Majlis Perundingan Nasional (MPN).
Dalam perutusan khas yang disiarkan ke seluruh negara, beliau turut menawarkan pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Beliau berkata kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti memandangkan kemelut politik menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
“Kebawah Duli Tuanku dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan.
“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini”, ujar beliau lagi.
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment