31 Julai 2021- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melantik Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar di bawah program Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) ujar Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Jelasnya, sehingga Jun 2021, 600 ranjer telah dilantik malah Hari Renjer Sedunia disambut pada setiap 31 Julai setiap tahun bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta tanggungjawab yang dimainkan oleh renjer selaku pejuang belantara dalam memastikan sumber semula jadi dan biodiversiti negara dilindungi.
“Renjer adalah frontliner dan mereka sebagai benteng bagi membanteras pencerobohan untuk melindungi biodiversiti; jurucakap kepada flora dan fauna yang tidak dapat bersuara; serta guru bagi mendidik orang awam untuk mengenali dan menghargai biodiversiti.
“Tugasan untuk melindungi hidupan liar, habitat semulajadi, menangani konflik manusia dan hidupan liar, menguruskan kawasan perlindungan, serta penguatkuasaan tetap dijalankan dengan penuh dedikasi, ini jelas ditunjukkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah BP3,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.
Ujarnya, pada 17 Februari 2021, OBK telah menerima Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020 di Majlis 5th Asia Environmental Enforcement Awards oleh United Nations Environment Programme (UNEP).
“Penganugerahan ini memberikan suntikan semangat kepada semua renjer yang telah banyak berkorban dalam memastikan khazanah negara terpelihara,”katanya.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment