11 Julai 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah berkata bahawa dalam konteks penyebaran maklumat, pihak media bukan sahaja berperanan melaporkan berita sahih dan tepat, tetapi juga melindungi rakyat daripada berita palsu yang berpotensi menggugat usaha Kerajaan dalam memerangi COVID-19 serta memelihara kesejahteraan dan kestabilan negara.
Menurut Saifuddin melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta beberapa agensi yang terlibat bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu terutamanya dalam konteks pandemik COVID-19.
“Antaranya pemantauan oleh Pasukan Respon Pantas sejak Mac 2020 telah menangkis sebanyak 464 berita palsu. Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 turut dikuatkuasakan mulai Mac 2021 bagi mencegah dan mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu tentang COVID-19 dan kesihatan.
Pihak media memberikan kerjasama kepada Kerajaan dalam memerangi berita palsu sejak bermulanya krisis ini. Pihak media juga melindungi rakyat daripada berita palsu yang berpotensi menggugat usaha Kerajaan dalam memerangi COVID-19 serta memelihara kesejahteraan dan kestabilan negara.” kata Saifuddin.
Beliau turut menyeru semua pihak media dalam pelbagai medium, meliputi stesen televisyen dan radio, akhbar dan platform dalam talian untuk terus mempergiatkan usaha, bukan sahaja mengenal pasti dan membongkarkan berita palsu, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang ancaman berita palsu dan langkah-langkah untuk mencegahnya.
“Saya yakin terhadap kematangan pemikiran masyarakat dalam membuat penilaian berita palsu. Marilah bersama-sama mencegah berita palsu.” katanya.
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment