PUTRAJAYA 2 JULAI 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
“Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021.” katanya.
Terdahulu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa sekiranya Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman selewat-lewatnya pada 5 Julai 2021, pihak mereka akan menggesa semua Ahli Parlimen sama ada dari blok Pembangkang atau Kerajaan untuk berkumpul di Parlimen pada 19 Julai 2021.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment