PUTRAJAYA 1 JULAI 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan penglibatan dan tawaran iklan terhadap pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam yang diiklankan menerusi laman sosial Facebook.
Menurut satu kenyataan media KPKT semalam, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung tawaran tersebut. Namun hasil semakan mendapati laman itu diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Pihak tersebut telah menyalahgunakan logo KPKT (jata negara) dan logo syarikat kredit komuniti berlesen yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]”.
“Sehubungan itu, KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjam wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT, logo kredit komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan (scammer)” katanya.
Siasatan lanjut terhadap perkara ini akan dilakukan oleh pihak kementerian dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia untuk penelitian dan tindakan selanjutnya. Aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut.
“Sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung iklan yang dipaparkan, orang awam dinasihatkan untuk terus menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK), KPKT ditalian 03-8891 4690/4668/4658/4708 atau mengemukakan aduan melalui saluran https://aduan.kpkt.gov.my atau melalui aplikasi mobil i-KrediKom” katanya.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment