KUALA LUMPUR 19 JUN 2021 – Dua pekerja warga Bangladesh cedera dalam insiden perancah besi atau ‘scaffolding’ jatuh di dalam kawasan tapak pembinaan lebuh raya DASH berhampiran Kota Damansara.
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd selaku pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dalam kenyataan hari ini mengesahkan insiden tersebut.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Insiden tidak membabitkan pengguna lebuhraya atau orang awam kerana ianya berlaku di dalam kawasan pembinaan yang bertutup.
“Pasukan Emergency Response Team (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat dan arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan telah dikeluarkan dengan serta merta. Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan” ujar syarikat tersebut.
Pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1300885522 atau emel di feedback.dash@prolintas.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment