KOTA KINABALU 9 JUN 2021 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menghargai inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk mengagihkan bantuan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah semalam.
Menurut JPN Sabah, seramai 9,842 murid Tingkatan 5 dan 6 di sekolah bawah JPN Sabah dan 158 murid di sekolah bawah Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2021 akan menerima bantuan komputer riba.
JPN Sabah bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan tersebut, kata jabatan tersebut menerusi kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Hajiji dilaporkan berkata pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet Negeri Sabah, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta akan menyasarkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.
JPN Sabah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah untuk bersama-sama memastikan murid terus mendapat akses pendidikan mengikut kesesuaian murid dan guru, khususnya dalam tempoh yang mencabar ini.
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment