3 Jun 2021 – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini adalah sebanyak 8,209 kes di mana berlaku peningkatan berbanding semalam (7,703).
Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berlaku peningkatan bilangan kes baharu di Selangor dan negeri tersebut kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 3,125 kes, dikuti Kuala Lumpur (801), Kelantan (414), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576) dan Johor (752).
Selain itu, Kedah merekodkan 373 kes, Pulau Pinang (303), Pahang (135), Terengganu (127), Perak (384), Melaka (322), Sabah (203), Labuan (62) dan Putrajaya (33). Sementara itu Perlis mencatat 5 kes baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 595,374.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment