21 Mei 2021 – Tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keputusan kerajaan yang dibuat pada 21 Disember 2020.
“Mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di rumah-rumah kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 Jun 2021”.
Jelas beliau lagi dalam satu kenyataan media hari ini, pengguna domestik turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama 6 bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.
“Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan penularan pandemik COVID19 di negara ini”.
Tambah beliau, Pelan Bayaran Mudah juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka.
“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, adalah dianggarkan seramai 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia memperoleh manfaat tersebut dan diharapkan inisiatif ini dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini” katanya.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment