15 Disember 2022 – Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Klang, Selangor pada 13 Disember lepas kerana memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam computer suspek tersebut.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini, siasatan mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.
“Sehubungan itu, rampasan telah dilakukan ke atas komputer, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.
Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat PDRM dengan Federal Bureau Of Investigation (FBI). Suspek kini direman selama empat (4) hari bermula 14 Disember 2022 hingga 17 Disember 2022.
Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Setakat ini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kes ini.” kata PDRM.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment