TAIPING 18 April 2022 – Bekalan darah bagi kegunaan harian di Hospital Taiping dijangka akan berada dalam paras yang rendah menjelang musim Syawal kelak.
Dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, Ketua Jabatan Transfusi Hospital Taiping, Dr Nurul Raihan Mohamed Zawawi berkata pendermaan darah dari masyarakat setempat secara konsisten adalah amat diperlukan khususnya bagi situasi di luar jangkaan.
“Kita amat memerlukan bekalan darah yang mencukupi terutamanya bagi mereka yang mengalami pendarahan di luar jangkaan seperti kemalangan, komplikasi semasa bersalin serta bagi membantu pesakit-pesakit thalassaemia.
Justeru, saya menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah sepanjang bulan Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada diparas selamat,”ujarnya.
Jelasnya, Tabung Darah Hospital Taiping beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang (termasuk waktu rehat) sepanjang bulan Ramadan ini. Tabung Darah juga dibuka pada waktu malam iaitu setiap hari Selasa dan Khamis bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam bagi memudahkan penderma darah beragama Islam untuk hadir menderma.
“Malah, kami ingin mewar-warkan bahawa pihak kami akan membuka kaunter pendermaan darah di Dewan Persatuan Kwangtung, Taiping pada setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan ini.
Ianya adalah untuk memudahkan komuniti yang berminat untuk menderma darah datang ke kawasan berdekatan mereka, dan kami beroperasi bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang,” kata Dr Nurul Raihan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Darah Hospital Taiping di talian 05-8204341. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual mingguan kempen derma darah juga boleh dirujuk di laman sosial Tabung Darah seperti berikut:
‘Derma Darah Taiping’ – Facebook, Telegram, Instagram, Twitter
dermadarahtaiping@gmail.com – Emel 017- 4665864 – Whatsapp
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment