22 Januari 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini berkata kesemua guru sekolah di seluruh negara dibenarkan untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik. Ini termasuklah petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Saya telah pun membawa perkara ini ke Kabinet dan memutuskan dalam menghormati prinsip demokrasi iaitu kebenaran rakyat untuk berpolitik maka kami telah membuat keputusan membenarkan guru-guru berpolitik.
Kakitangan Kemas, dahulu dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun ketika era Pakatan Harapan (PH) mereka tidak dibenarkan berbuat demikian justeru saya ingin umumkan bahawa petugas Kemas juga bebas dan dibenarkan berpolitik.” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Negeri di Bangunan UMNO Kelantan, di sini hari ini.
Katanya lagi Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran tersebut dengan segera sekiranya masih belum ada.
Walaubagaimanpun, beliau menambah guru-guru dan petugas Kemas berkenaan masih tertakluk terhadap peraturan jabatan masing-masing.
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment