19 Januari 2022 – Aktiviti ziarah merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dibenarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 berdasarkan kepada SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Bilangan 1 Tahun 2022.
Dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Perpaduan Negara hari ini, aktiviti-aktiviti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 adalah tertakluk kepada syarat-syarat nyata berikut:
a. Pada 31 Januari 2022 dibenarkan Makan Keluarga (Family Reunion Dinner).
b. Pada 1hb dan 2hb Februari 2022 dibenarkan upacara sembahyang di Rumah Ibadat Selain Islam mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
c. Pada 8hb dan 9hb Februari 2022 dibenarkan Sembahyang Khas Hokkien Clan seperti berikut:
i. Dibenarkan aktiviti sembahyang khas Hokkien Clan di Rumah Ibadat Selain Islam mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4; dan
ii. Dibenarkan aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi ‘Hokkien Clan’.
d. Pada 15 Februari 2022 dibenarkan Sembahyang Chap Goh Mei di Rumah Ibadat Selain Islam mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
e. Aktiviti ziarah adalah dibenarkan.
f. Resepsi Tahun Baru Cina (Chinese New Year Reception)
i. Hanya dibenarkan kepada yang mendapat jemputan sahaja.
ii. Tidak dibenarkan kepada orang awam yang tidak mendapat jemputan.
iii. Tiada sesi majlis berterusan seperti rumah terbuka.
iv. Dibenarkan dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.
g. Persembahan Tarian Singa / Tarian Naga / Tarian Harimau adalah dibenarkan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif; (Persembahan Langsung) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment