20 Disember 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menyerahkan sebanyak 700 daripada 2,000 Kotak Kasih KKMM kepada wakil Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Taman Sri Muda semalam.
Kotak Kasih KKMM adalah berupa barang keperluan asas dan makanan yang disumbangkan melalui agensi KKMM iaitu MyCreative Ventures.
“Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Encik Mazlan Abd Mutalib dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri kepada wakil Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Taman Sri Muda.
Bantuan segera ini merupakan inisiatif KKMM dengan kerjasama Shopee Malaysia. ” kata KKMM dalam satu hantaran di Facebook rasmi kementerian tersebut semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Encik Ali Suhaili.
Pada Ahad lepas, Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa telah membuat kenyataan bahawa beliau telah mengarahkan Kementerian untuk mengambil tindakan serta merta menggerakkan semua aset, bantuan dan kakitangan termasuk Komuniti Keluarga Malaysia untuk membantu penduduk di kawasan terlibat banjir.
“MyCreative Ventures di bawah KKMM juga menyumbangkan 2,000 unit Kotak Kasih berupa bakul makanan dengan kerjasama Shopee Malaysia untuk mangsa-mangsa banjir.” katanya.
Foto kredit kepada Jabatan Penerangan Malaysia.
- Saifuddin Addresses Fake MyKad Issue, 3R Concerns
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
Leave a comment