2 JULAI 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa Malaysia tidak terjejas dengan fenomena cuaca panas yang berlaku di Kanada dan Amerika Syarikat pada masa ini. Katanya negara kini berada pada pertengahan fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada September 2021.
“Dalam tempoh ini, MET Malaysia menjangkakan suhu yang lebih rendah daripada biasa pada Julai kerana cuaca yang lebih lembap dan hujan yang lebih banyak berbanding biasa. Keadaan ini adalah disebabkan oleh peralihan daripada fasa La Nina kepada fasa ENSO Neutral. Jabatan juga menjangkakan taburan hujan normal mulai Ogos.
Oleh itu, Jabatan tidak menjangkakan suhu luar biasa panas akan berlaku di Malaysia pada tahun ini. Malahan, Jabatan juga tidak menjangkakan kejadian jerebu rentas sempadan yang serius dalam tempoh terdekat ini.” kata MET Malaysia.
MET Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan talian hotline Jabatan Meteorologi Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Kanada dan barat laut Amerika Syarikat sedang mengalami cuaca panas dan gelombang haba dengan catatan rekod sehingga ْ 47.9 C dan ْ 46.6 C. Cuaca panas yang berlaku ini disebabkan oleh sistem tekanan udara tinggi hampir statik iaitu bergerak sangat perlahan di kawasan tersebut akibat daripada keragaman iklim.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment