23 JUN 2021 – Malaysia dan Brunei akan meningkatkan kerjasama bagi meneroka potensi kemajuan dalam industri pelancongan budaya bagi kedua-dua negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri berkata ini bagi membantu dan menyokong penggiat dan pemain industri kedua-dua negara sekaligus dapat merancakkan lagi industri seni dan budaya serta pelancongan.
“Perincian mengenai insentif tersebut akan dibincangkan bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dalam masa terdekat” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam panggilan melalui telefon, Nancy turut memberi contoh mengenai program Asia Traditional Orchestra (ATO) 2020 yang pernah dianjurkan oleh Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan MOTAC dengan kerjasama pihak Asia Cultural Center (ACC) Gwanju, Korea menerusi platform digital.
“Tujuan utama penganjuran program tersebut adalah untuk memperkukuhkan kerjasama berkaitan pertukaran budaya serta mengangkat seni persembahan tradisional ke peringkat antarabangsa”.
“Program tersebut telah diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea” katanya.
Selain itu beliau turut membincangkan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 di mana kedua-dua Menteri telah menyatakan bahawa tumpuan juga harus diberikan kepada golongan muda agar imuniti kelompok dapat dicapai dalam masa terdekat.
“Langkah itu juga dilihat dapat memberi keyakinan kepada orang ramai serta masyarakat dunia bahawa penduduk di kedua-dua negara telah bersedia untuk menyambut kedatangan pelancong apabila tiba masanya nanti” jelas beliau.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment