PUTRAJAYA 17 Mei 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyeru agensi perkhidmatan telekomunikasi dan platform kandungan di peringkat antarabangsa dan tempatan untuk bekerjasama dalam memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan saksama jelas Menteri KKMM, Dato Saifuddin Abdullah.
Memetik dalam satu kenyataan media hari ini, beliau memantau perkembangan sesetengah platform media sosial antarabangsa yang kelihatan berat sebelah kerana terlalu mudah memadamkan kandungan yang menyokong perjuangan Palestin.
“Sebagai umat Islam dan warga dunia yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kedamaian, kita sewajarnya terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehensif dan konsisten, apatah lagi ketika setiap kali keganasan Israel memuncak sepertimana yang berlaku sekarang”.
Tambah beliau, masyarakat juga perlu melihat peranan dan suntikan aspirasi ‘generasi baharu’ pejuang dan aktivis Palestin yang menggerakkan pendekatan-pendekatan baru seperti yang menggelar Israel sebagai negara apartheid.
“Sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) tahun 2021, saya dedikasikan sambutan hari ini khusus untuk perjuangan rakyat Palestin dan berdoa agar kezaliman terhadap mereka segera berakhir dan perdamaian dapat dicapai” katanya.
- KPDN Expands Madani Ihsan Service Program@PETRONAS Auto Expert for Hari Raya Aidilfitri 2025
- 11 YEARS OF THE MH370 TRAGEDY: MALAYSIAN GOVERNMENT COMMITTED TO CONTINUE SEARCH
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
- Malaysia Marks Major 5G Milestone with ZTE’s GLOMO Award for SUKMA Broadcast Innovation
- New study links sports gambling with alcohol-related risks over time
Leave a comment