8 Ogos 2021 – Kerajaan hari ini memutuskan untuk membuka sepenuhnya masjid, surau dan rumah ibadat untuk aktiviti keagamaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut menerusi perutusan khas petang tadi.
Jelasnya kemudahan ini terpakai ke atas semua fasa Pelan Pemulihan Negara serta kepada individu yang telah lengkap dos vaksin yang perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 selain petugas masjid, surau dan rumah ibadat perlu memastikan pematuhan kepada SOP kesihatan awam.
Muhyiddin turut menjelaskan aktiviti keagamaan ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi rumah ibadat bukan islam.
- Wells Home Café launches the First 2-in-1 Solution for Coffee and Tea
- Seafood stakeholders call for a level playing field for Sustainability
- TouchPoint, Inc. Appoints Staci Kroon as President and CEO
- Special Minds Launches 1-to-1 Special Needs Platform to Empower Families with Five Key Pillars
- Singapore Residents’ Year End and Lunar New Year Travel Spending Hit New Highs: Visa
Leave a comment