8 Ogos 2021 – Kebenaran rentas negeri diberikan kepada pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut menerusi perutusan khas sebentar tadi.
Bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
Selain itu juga, kerajaan bersetuju memberikan kebenaran tersebut kepada pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap untuk bertemu pasangan masing-masing.
Kebenaran rentas negeri dan daerah juga dipanjangkan ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
“Kebenaran ini diberikan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.
Bagi kebenaran rentas daerah pula rentas daerah dibenarkan kepadaIndividu yang lengkap dos kedua dalam negeri-negeri fasa kedua.
“Perjalanan rentas daerah mesti menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination)”, ujar beliau lagi.
- Government Committed to Strengthening Aviation Industry, Malaysia Airlines Orders 30 Boeing 737 Aircraft
- Building government digital resilience, securing the future
- The paradox of convenience
- 8.5 million to receive Rahmah Cash Assistance (STR) Phase 2 Before Aidilfitri
- Aaron Extends Greetings on International Day for the Elimination of Racial Discrimination
Leave a comment