8 Ogos 2021 – Kerajaan hari ini melonggarkan pelaksanaan program di bawah sektor sosial untuk negeri-negeri yang berada di bawah fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata aktiviti sektor sosial yang dibenarkan adalah meliputi makan di restoran, aktiviti sukan dan riadah serta aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan hotel dan homestay.
Jelas beliau lagi, kesemua aktiviti ini hanya dibuka kepada individu yang telah melengkapkan dos vaksin serta perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada operator mahupun pengusaha premis sebelum memasuki premis tersebut.
Beliau memaklumkan, kebenaran untuk makan di restoran juga dibenarkan kepada pasangan yang membawa anak berusi 17 tahun ke bawah serta memastikan pematuhan SOP yang ketat.
Selain itu juga, Muhyiddin turut menggalakkan pengusaha restoran untuk menyediakan ruang makan di luar bagi pengudaraan yang lebih baik meminimakan masa ketika berada di premis tersebut selain menggunakan kaedah take-away.
Bagi aktiviti sukan dan riadah pula, aktiviti yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan adalah dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
Pada masa kini, negeri-negeri yang berada dalam fasa 2 PPN adalah Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
- MALAYSIAN UNIVERSITIES EDUCATION & TRAINING FAIR SUCCESSFULLY HELD IN TRIPOLI, LIBYA
- Ajinomoto Co. launches its innovative “Flowering Ice Cream” with the Atlr.72® at the Food Truck in Bugis from 28 March
- Wildberries collects over 1,000 tons of donated clothing, textiles in large-scale ESG initiative
- Eternity Waterproofing Forms Strategic Partnership with Mapei Far East
- SUNRATE Launches Global Payments Solution to Revolutionise the Maritime Industry
Leave a comment