PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023.
Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023.

“Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania).
Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia.
Selain pernah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan, beliau turut menjawat jawatan Pengarah Luar Negeri di Osaka dan Moscow, masing-masing pada tahun 1999 dan 2008 serta Pengarah Negeri Tourism Malaysia Kedah/Perlis pada tahun 2005.” katanya.
Tambah Tourism Malaysia, pada tahun 2021, Dato’ Dr. Ammar mengetuai Sekretariat Pasukan Petugas Gelembung Perjalanan bagi memacu usaha pemulihan industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan, UiTM sehingga kini.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment