KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor berkata sempena Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara,
Ibupejabat Daerah Brickfields menasihati orang ramai khasnya penyokong-penyokong parti politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi memastikan proses demokrasi dan perlantikan ini berjalan dengan lancar.
“Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM khasnya Polis Brickfields bagi mana-mana penykong-penykong parti politik yang melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama.
Turut dinasihati untuk tidak memuat naik sebarang ‘Posting’ atau apa jua sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah fahaman pada masyarakat umum. Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang.” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Tambahnya, sebarang maklumat yang berkaitan bolehlah menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585, Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment