oleh UMNO Online
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertegas menafikan beberapa kenyataan yang berkata pindaan Perlembagaan parti adalah untuk menyelamatkan jawatannya.
Bidasnya, adalah sesuatu yang dangkal jika wujud di kalangan ahli termasuk saf kepimpinan tertinggi parti yang berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian.
“Jangan kita buat-buat lupa, gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) adalah usul daripada majoriti Bahagian-Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing.
“Keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini hari ini.
Jelas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pindaan Perlembagaan itu adalah manifestasi suara akar umbi.
“Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu. Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan. Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam.
“Saya ingin tegaskan, pindaan Perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan atau team kepimpinan Pusat, Bahagian dan Cawangan bagi setiap penggal pemilihan untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya-pilihan raya umum,” katanya.
Tambahnya lagi, dengan pengabsahan pindaan hari ini, semua pemegang taruh parti sekarang ini adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU ke-15 dan berharap akan menempa kejayaan.
“Inilah pasukan yang setelah jatuh bangkit dengan keazaman. Inilah pasukan yang meskipun tewas PRU ke-14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan. inilah pasukan yang menggalas tanggungjawab parti dan mengharungi setiap cabaran.
“Inilah pasukan yang tidak lari ketika bertempur di medan. Inilah pasukan yang tidak tunduk kepada ugutan. Inilah pasukan yang telah disiapsiagakan untuk menghadapi peperangan. Inilah pasukan yang kekal istiqamah dalam perjuangan. Inilah pasukan dalam siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri yang telah menjana kemenangan.
“Insya-Allah, andalah yang akan bersama-sama dengan kepimpinan parti menghadapi PRU ke-15 untuk melakar kejayaan,” katanya. – UMNO ONLINE
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment