15 April 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad memaklumkan bahawa bagi kes kematian dalam lokap balai polis Kajang, Selangor pada 13 April 2022, postmortem telah pun dijalankan di hospital Kajang, Selangor pada 14 April 2022 dan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dikesan.
“Punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. walau bagaimanapun, sampel telah diambil bagi tujuan ujian makmal dan analisa untuk siasatan lanjut punca kematian. ujian pengesanan COVID-19 juga telah dibuat ke atas simati dan berkeputusan negatif. kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pada 14 April 2022, PDRM memaklumkan bahawa seorang lelaki OKT (Orang Kena Tahan) yang berketurunan Melayu dan berumur 45 tahun telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
OKT berkenaan tidak mengaku salah dan tiada penjamin dan ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang, Selangor sebelum dihantar ke penjara satelit Beranang, Selangor bagi reman penjara.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment