15 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 14 April 2022 adalah seperti berikut :
- Kes sembuh: 13,202 kes [4,209,858 kes kumulatif (96.5%)];
- Kes baharu: 10,413 kes (4,363,024 kes kumulatif);
- Kes import: 27 kes [24 warganegara (88.9%); 3 bukan warganegara (11.1%)];
- Kes tempatan: 10,386 kes [9,811 warganegara (94.5%); 575 bukan warganegara (5.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 154 kes (69 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 89 kes (45 kes disahkan COVID-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 10,413 kes harian yang dilaporkan pada 14 April 2022, 5,926 kes (56.91%) adalah dari Kategori 1, 4,435 kes (42.59%) dari Kategori 2 dan 24 kes (0.23%) adalah dari Kategori 3.
Manakala Kategori 4 berjumlah 11 kes (0.11%) dan Kategori 5 adalah sebanyak 17 kes (0.16%).
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment