20 Februari 2022 – Pada 3 Februari 2022, seorang lelaki Melayu berumur 49 tahun telah ditangkap dalam OP PEMUTIHAN / TAPIS oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Seri Alam, Johor Bharu, Johor dan disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1)(A) akta yang sama.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, tahanan reman dibenarkan selama empat (4) hari dan Orang Kena Tahan (OKT) telah dituduh di mahkamah pada 7 Februari 2022 di bawah Seksyen 39(A)(1) ADB 1952.
“Jaminan mahkamah tidak ditawarkan dan mahkamah mengarahkan OKT tersebut menjalani tahanan reman penjara di lokap Balai Polis Seri Alam sementara menunggu sebutan semula (serahan dokumen) pada 10 april 2022.
Pada 16 Februari 2022 jam 12.45 tengah hari, OKT mengadu sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan. Pada 19 Februari 2022 jam 7.00 pagi, OKT berkenaan didapati tidak sedarkan diri di dalam lokap. Koroner hadir di tempat kejadian dan mengesahkan OKT tersebut telah meninggal dunia. OKT tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk post-mortem.” kata CP Dato’ Azri.
Pada 20 Februari 2022, OKT disahkan positif COVID-19 dan post-mortem telah dijalankan oleh ketua pakar forensik di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
“Punca kematian belum diketahui dan bergantung pada laporan analisa serta ujian makmal oleh pihak patalogi.
Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes kematian ini.” kata CP Dato’ Azri.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment