Kulai, 9 Februari 2022 – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengesyorkan bahawa pintu sempadan negeri telah bersedia untuk dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 akan datang ini. Muhyiddin dalam kenyataannya, pengunjung negara luar tidak perlu menjalani kuarantin wajib. Perkara ini dapat pandangan yang berbeza dari Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.
Menurut Teo, setelah beberapa jam pengumuman itu dilakukan, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein pula mengatakan pembukaan sempadan negeri hanya akan dibuka setelah selesainya perundingan antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Imigresen.
Kenyataan Hishammuddin itu seolah-olah meremehkan cadangan yang dibuat oleh MPN, kerana ia telah disiarkan dalam media. MPN yang sepatutnya mengemukakan strategi dan pemetaan keluar daripada fasa pandemik seperti telah diperkecilkan fungsinya. Persoalannya adakah jemaah menteri dan MPN bekerjasama dan berkomunikasi dalam menentukan masa depan pemulihan negara atau akan terus berdolak-dalik dan mengeluarkan kenyataan media yang bercanggah antara satu sama lain.
Kata Teo lagi Muhyiddin diberi pangkat jadi beliau menggalas kepentingan yang sama, jadi kenapa perlu menidakkan tarikh yang disebut iaitu 1 Mac 2022. Ketidakselarasan seperti ini mengelirukan rakyat dan memberi harapan palsu terutama bagi mereka yang masih terjejas dari ekonomi yang tidak stabil.
Teo bimbang kepentingan khas yang diberikan kepada MPN hanyalah dangkal semata-mata. Beliau bercadang supaya bubarkan sahaja MPN serta pecat TSMY sebagai Pengerusi supaya duit kerajaan boleh dijimatkan.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment