25 Januari 2022 – Berhubung dengan kejadian samun melarikan sebuah kenderaan yang berlaku di tepi Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada tarikh 24 Januari 2022, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun semalam (25 Januari 2022).
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata bertindak atas siasatan dan risikan rapi, pada 25/01/2022 jam lebih kurang 12.00 tengah hari pihak polis telah berjaya menangkap (1) lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang terlibat dalam kes ini.



“Suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau. Pihak polis turut merampas kereta yang telah dilarikan oleh suspek dan juga beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai telah digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang milik mangsa, (1) kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank.
Kes telah disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.” katanya.
Dalam kejadian itu, mangsa seorang pemandu grabcar berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya dengan menggunakan aplikasi In Driver. Setelah sampai ke destinasi di Sentul Pasar, mangsa telah memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar.
Namun suspek meminta akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara atas talian. Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek telah bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher mangsa. Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta milik mangsa jenis Proton Saga warna kelabu, nombor pendaftaran BPV 5859 serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang tertinggal di dalam kereta tersebut.
Mangsa dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment