KUALA LUMPUR 20 Januari 2022 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia hari ini memperkenalkan lencana anggota penguatkuasa CIDB bagi mensiapsiagakan keterampilan anggota penguatkuasa dan sebagai pengesahan anggota adalah pegawai penguatkuasa yang dilantik.
Menurut satu kenyataan yang diedarkan hari ini, ia bertujuan untuk mengawal selia anggota sedia ada dari pihak luar dari membuat penyamaran atau penipuan. CIDB juga mengingatkan kontraktor supaya berhati-hati dengan sebarang penyamaran sebagai anggota penguatkuasa CIDB Malaysia.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dalam pada itu telah menyerahkan lencana kepada anggota penguatkuasa CIDB pada Majlis Amanat Ketua Eksekutif Tahun 2022.
Katanya anggota penguatkuasa juga dibekalkan dengan Kad Kuasa CIDB yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi memastikan kad kuasa tersebut tidak boleh dipalsukan atau dipindah milik.
Menurut Ahmad ‘Asri lagi, hanya mereka yang ada lencana dan Kad Kuasa CIDB sahaja boleh melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan di tapak pembinaan.
CIDB menasihatkan penggiat industri pembinaan terutama kontraktor agar berhat-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang mendakwa sebagai anggota penguatkuasa CIDB, meminta sejumlah bayaran tunai bagi tujuan pembayaran kompaun bagi kesalahan berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan. Segala urusan rundingan kompaun seharusnya hendaklah dilakukan di pejabat CIDB sahaja.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment