1 November 2021- Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2020 mengiktiraf syarikat-syarikat Malaysia yang telah mempamerkan produktiviti, daya tahan dan tahap kompetitif yang tinggi dalam industri masing-masing pada 2 November 2021.
Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini adalah salah satu inisiatif MITI yang diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai pengiktirafan tertinggi bagi pemain industri berprestasi tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
“Penganugerahan AKI terbahagi kepada dua segmen – iaitu bagi sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan berkaitan pembuatan. Kategori tertinggi AKI – Anugerah Perdana Menteri – dipilih di kalangan pemenang-pemenang anugerah.
“Penanda aras bagi pemilihan pemenang adalah berdasarkan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF), sebuah rangka kerja yang dibangunkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, agensi di bawah MITI,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Ujarnya, penganjuran AKI 2020 dilihat sebagai pembakar semangat buat pemain industri untuk terus melipatgandakan usaha memulihkan operasi perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Pengiktirafan AKI memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pemain industri selain menerapkan budaya penambahbaikan yang berterusan dalam komuniti perniagaan kita.
“AKI 2020 juga mendorong syarikat- syarikat Malaysia untuk melaksanakan transformasi syarikat yang menekankan inovasi berteraskan teknologi serta tadbir urus yang efisien dalam perlindungan pekerja,” ujarnya.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment