30 Oktober- : SIRIM Berhad, peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti melancarkan Pusat Inovasi Peranti Perubatan (MDIC) bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk industri peranti perubatan tempatan.
Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata SIRIM telah mengambil langkah berani dengan penubuhan MDIC selaras dengan sektor penjagaan kesihatan dan perubatan negara yang dijangka berkembang pada 5.7% dari 2020 hingga 2025 berikutan peningkatan populasi warga tua dan penyakit tidak berjangkit.
“Pada permulaan pandemik, kerajaan telah menghadapi kekurangan bekalan PPE, kit diagnostik dan juga makmal-makmal pengujian yang berkeupayaan tinggi. Daripada pengalaman ini, kita telah pelajari bahawa Malaysia adalah ekonomi perdagangan yang signifikan dalam rantaian bekalan global.
“Polisi-polisi strategik telah dikaji semula bagi mengukuhkan industri terutamanya dalam industri peranti perubatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk ’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata SIRIM berperanan sebagai sebahagian daripada pemboleh daya bagi pengukuhan ekosistem peranti perubatan negara.
“Tiga program utama akan dilaksanakan oleh MDIC yang melibatkan penggunaan inovasi teknologi termaju bagi PKS tempatan; teknologi Industri 4.0 yang diterima pakai oleh syarikat tempatan besar dan projek vendor utama yang akan disertai oleh pihak syarikat multinasional dan PKS tempatan.
“MDIC juga akan melaksanakan inkubator inovasi pembuatan, makmal terbuka dan “teaching factory” yang membolehkan rangkaian kerjasama awam dan swasta direalisasi,” katanya.
Program SIRIM Fraunhofer memberi penekanan peningkatan keupayaan seperti penyelidikan dan pembangunan produk peranti perubatan; pengukuran dan penentukuran untuk industri peranti perubatan; penilaian pematuhan iaitu pengujian, pemeriksaan dan pensijilan; bantuan latihan teknikal bagi membangunkan standard industri peranti perubatan; dan peningkatan produktiviti.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment