27 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini mengumumkan barisan kabinet beliau setelah hampir seminggu dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.
Menerusi perutusan yang disiarkan secara langsung hari ini, beliau berkata kabinet berorientasikan hasil diperkenalkan setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Menurut beliau lagi, kabinet yang merupakan pasukan pengurusan ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.
Beliau berkata, berdasrkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Covid-19 akan menjadi endemik yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.
“Kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini.
“Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Beliau menambah tiga prinsip utama kerajaan akan ditekankan iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan Amanah dan mengembalikan semula keyakinan rakyat.
Beliau turut menekankan budaya kerja berprestasi tinggi selain setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, ujar beliau lagi.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment