23 Ogos 2021– Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa penyelidik untuk mengemukakan kertas cadangan di bawah program Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG).
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, dua (2) bidang kajian yang diberi tumpuan adalah Warga Digital dan Kesejahteraan Siber serta Keterangkuman Digital yang berkait rapat dengan bidang keutamaan pembangunan sosioekonomi digital iaitu perkhidmatan digital, e-dagang, Internet Benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), identiti dan keselamatan digital serta isu privasi.
“Geran DSRG yang dilancarkan pada Julai 2020 lalu bertujuan membina kajian berasaskan bukti yang diperlukan untuk mempromosi dan menambah baik kefahaman mengenai faktor manusia dan sosial.
“Kajian tersebut juga menyentuh mengenai faktor yang mempengaruhi dan menyumbang kepada penggunaan serta pengamalan teknologi dan perkhidmatan digital.
MCMC memaklumkan pihaknya turut berganding bahu dengan pihak penyelidik yang memberi input berguna dan kaedah soal selidik yang digunakan.
Penglibatan MCMC dalam kajian-kajian ini membolehkannya untuk terus membuat keputusan berdasarkan data dan bukti dalam pengurusannya.
Bagi pihak yang berminat boleh melayari pautan seperti yang tertera di bawah: https://www.mcmc.gov.my/en/grants/2021-digital-society-research- grant-call-for-propo.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment