PUTRAJAYA 24 JUN 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan bahawa Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kebenaran untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek-projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuat kuasa serta-merta.
Menurut KPKT dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, ia selaras dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Jun 2021.
Tambah KPKT, kontraktor-kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan oleh PBT bagi mempercepatkan proses kerja.
Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh PBT adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak COVID-19.” kata KPKT.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment