PELABUHAN KLANG 23 JUN 2021 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan melaksanakan program vaksinasi COVID-19 khas untuk pelaut-pelaut warganegara Malaysia dan pekerja-pekerja sektor pelabuhan di sekitar Lembah Klang.
Pelaksanaan program vaksinasi yang bakal bermula pada 25 Jun ini, merupakan simbolik penghargaan kepada khidmat bakti pelaut sempena sambutan Hari Pelaut Sedunia 2021 menurut satu kenyataan media hari ini.
“Program ini dijangka akan berlangsung selama 6 minggu bertempat di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Serbaguna Kelab Sosial dan Rekreasi LPK (PPV Sektor Maritim Klang) di Pelabuhan Klang”.
Jelas kenyataan tersebut, program ini juga tertakluk sepenuhnya ke atas kuantiti vaksin dan kapasiti tenaga kerja yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
“Setakat ini, JLM telah menerima senarai butiran pelaut daripada syarikat-syarikat perkapalan tempatan melalui Malaysia Shipowners’ Association (MASA) khusus bagi program ini”.
“Pelaut yang telah mendapat pengesahan serta janji temu adalah amat disarankan untuk hadir dan mematuhi SOP di PPV. Sasaran program adalah para pelaut aktif yang berada di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur” katanya.
JLM dengan kolaborasi MOT dan JKJAV akan merangka pelaksanaan program-program khas vaksinasi pelaut susulan daripada program ini.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment