14 JUN 2021 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli , Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada 1 Jun 2021 masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021.
“Selaras dengan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 11 Jun 2021 mengenai pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Surat Kebenaran Beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021.
Sehubungan itu, sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03 – 8886 1665 / 019 – 669 6842 atau emel kepada aduanketsa@ketsa.gov.my.” kata Dr. Shamsul Anuar di dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kerjasama semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dalam membendung penularan wabak COVID-19.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment