9 Jun 2021 – Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
Di dalam satu hantaran posting di Facebook rasmi Istana Negara, dimaklumkan bahawa sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.” kata Istana Negara.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment