KUALA LUMPUR 15 Februari 2023 – Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi telah memanggil kesemua 32 buah syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuh raya bertol di Malaysia bagi mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuhraya atau Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Menurut Nanta dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna.
Kata Nanti lagi, maklumat lanjut akan beliau kongsikan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, Nanta telah mengusulkan kepada pihak PLUS untuk bersama-sama dengan Kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu dan menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihak PLUS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuhraya PLUS berkenaan cadangan itu.
Saya juga dimaklumkan, pihak PLUS akan menyediakan perancangan yang lebih konkrit bagi melaksanakan perancangan Menu Rahmah di R&R PLUS ini.” ujar Nanta.
Beliau turut berterima kasih kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang baik ini dan berharap, dengan adanya penyediaan Menu Rahmah di hentian R&R PLUS akan memberikan manfaat kepada pengguna lebuhraya.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment