18 Disember 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada pagi tadi mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) berkuatkuasa sehingga 20 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Terengganu; dan
ii) Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
Turut dikeluarkan adalah Amaran Hujan Berterusan (BURUK) berkuatkuasa sehingga 20 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling);
ii) Perak (Hulu Perak);
iii) Kelantan (Gua Musang); dan
iv) Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin);
Manakala Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) berkuatkuasa sehingga 20 Disember 2022 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Perlis
ii) Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu);
iii) Pulau Pinang;
iv) Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar);
v) Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment