19 Mei 2022 – Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menafikan bahawa pihaknya menawar perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPA memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima aduan serta mengenal pasti sindiket penyamaran sebagai Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam
perkhidmatan awam.
“Sindiket penyamaran yang dikesan ini aktif dalam platform Telegram dengan menggunakan nama serta gambar Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA dalam usaha untuk memperdayakan mangsa.
SPA memandang serius perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat. SPA mengingat dan menasihatkan calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran ini.” katanya.
Tambah SPA , calon boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment