19 Februari 2022 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata bahawa DAP kecewa dengan sikap berat sebelah dan amalan dua darjat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada pada 12 Mac 2022.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ia terserlah apabila SPR hanya membenarkan ceramah tertutup diadakan di pejabat parti politik dan bilik gerakan dengan maksimum 100 orang berbeza dengan perhimpunan seramai 2,000 orang pada pelancaran kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN) di Kota Tinggi, Johor semalam.
“Adalah tidak masuk akal dan tidak logik bahawa acara seramai 2,000 orang yang diadakan secara terbuka oleh PN dibenarkan sebelum Hari Penamaan Calon tetapi parti pembangkang tidak boleh melakukan perkara yang sama, semasa tempoh berkempen selepas Hari Penamaan Calon. Adakah SPR mendengar nasihat profesional dalam melarang ceramah di kawasan terbuka atau awam walaupun pakar kesihatan berpendapat bahawa kawasan terbuka mempunyai risiko penularan COVID-19 yang lebih rendah berbanding ruang tertutup kerana pengudaraan yang lebih baik?
SPR tidak sepatutnya mendengar “nasihat politik” tetapi bersikap bebas dan berkecuali dengan tegas untuk mengelak daripada dilihat sebagai memihak kepada parti pemerintah BN dan PN berbanding parti pembangkang.
Sebaliknya, SPR harus membenarkan ceramah terbuka dengan mengenakan semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, vaksinasi penuh dan penjarakan sosial. Sekatan seperti ini mungkin masuk akal sebelum vaksinasi secara besar-besaran, sedangkan kita kini sudah memasuki peringkat dos ketiga. ” kata Ahli Parlimen Bagan itu.
Tambah beliau memandangkan kerajaan juga mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan antarabangsa, sekatan ke atas ceramah dan kempen seperti ini yang mungkin sesuai untuk situasi COVID-19 dua tahun lalu adalah tidak konsisten dan tidak kena pada keadaan masa kini.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment