17 Januari 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Azri bin Ahmad pada hari ini memaklumkan bahawa , pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah dimaklumkan berkenaan satu (1) kejadian kematian orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
“OKT adalah seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun, telah ditangkap di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
OKT telah direman selama empat (4) hari mulai 16 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2022 di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.” kata Azri.
Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini.
- Good Farmer Launches Website: Family-Approved Fresh Food Delivered
- Creative Schools Continuum Launches Anniversary Celebrations with Charity Walk
- JustMarkets Sets New Mobile Trading Standards After 10 months of Launch
- When work won’t end: The right to disconnect
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
Leave a comment