9 Jun 2021 – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memaklumkan bahawa beliay telah menerima aduan daripada penjaja pasar pagi terbuka berkenaan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menutup operasi pasar pagi terbuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 daripada 1 – 14 Jun 2021, tetapi pada masa yang sama benarkan pasar berbangunan, bazaria dan pusat penjaja beroperasi daripada 8 pagi – 8 malam dalam tempoh PKP ini.
“Arahan DBKL tersebut adalah layanan dua darjat bagi aktiviti perniagaan penjaja dan peniaga kecil. Bukankah operasi dan perniagaan pasar pagi terbuka adalah sama dengan operasi pusat penjaja, pasar berbangunan dan bazaria? Kenapakah DBKL mengamalkan layanan dua darjat bagi perniagaan kecil tersebut?” soal Teresa.
Tambah beliau, sebenarnya, pengudaraan pasar pagi terbuka adalah lebih baik berbanding dengan pasar berbangunan dan pusat penjaja, maka lebih selamat bagi pelanggan.
“Pelanggan yang membeli-belah di pasar berbangunan adalah sama seperti membeli-belah di pusat membeli-belah (Shopping Mall) yang mempunyai pengudaraan tertutup, yang mana lebih mudah bagi Coronavirus disebarkan. Itulah sebab kerajaan menyeru orang ramai kurangkan masa membeli-belah di Shopping Mall.
Selain itu, kenapakah operasi pusat penjaja dan bazaria dibenarkan oleh DBKL? Bukankah operasi pusat penjaja dan bazaria agak sama dengan pasar pagi terbuka dan juga pasar malam?” katanya.
Kata Teresa lagi, beliau faham hasrat kerajaan untuk mengurangkan peluang orang ramai berhimpun demi mengurangkan penyebaran coronavirus, tetapi segala arahan PKP mestilah dikeluarkan secara rasional, supaya arahan kerajaan tidak dilihat seolah-olah layanan dua darjat.
“Apa yang penting ialah kesemua aktiviti perniagaan penjaja kecil ini dilakukan mengikut SOP kerajaan.
Saya menyeru Menteri Wilayah Persekutuan menyemak semula arahan PKP bagi semua jenis perniagaan kecil khususnya pasar pagi terbuka.” ujar Teresa.
- Kedah People’s Issues Remain a Priority – Saifuddin
- Mitolyn: The Innovative Mitochondrial Boosting Supplement Redefining Sustainable Weight Loss
- Shaping The Future: Celebrating Women In Technology This International Women’s Day
- Professor Daniela Rus: A new voice in the VinFuture Prize Council – Honoring AI and Robotics revolution
- Watch Exchange Singapore Welcomes Jack Neo as Official Brand Ambassador
Leave a comment