top of page

KPN Tinjau Persiapan Keselamatan Udara Bagi Lawatan Presiden China ke Malaysia

  • Writer: E News
    E News
  • 2 days ago
  • 1 min read

Kredit Foto : PDRM
Kredit Foto : PDRM

Putrajaya, 12 April 2025 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini menjalankan pemantauan udara untuk memastikan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelang lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping, pada 15 hingga 17 April ini.


Tiba di Helipad Presint 6, Tan Sri Razarudin disambut Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), DCP Dato' Noor Sham Md Jani, sebelum menaiki helikopter AW139 yang dipandu oleh Komander PGU, dengan bantuan DSP Hj. Mohammad Firdaus Rosli. Pemantauan selama hampir sejam itu meliputi laluan pergerakan dan lokasi acara rasmi, bagi memastikan keselamatan pada tahap tertinggi melalui pelaksanaan tugas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam serta unit-unit lain.


Terdahulu, beliau menerima taklimat Op Fuwa 2025 daripada Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, di Hotel Doubletree By Hilton. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Khalid Saion, Penolong Komander (Operasi) Unit Tindakhas Bukit Aman, Superintendan Mohammad Khairani Khalid, serta pegawai kanan PDRM.

Comments


  • Youtube
  • Facebook
  • X
  • TikTok
  • Instagram

© 2025 Life News Agency

bottom of page