GWM MALAYSIA MEMPERKENALKAN GWM TANK 500 HEV: TEMPAHAN KINI DIBUKA UNTUK SUV HIBRID MEWAH SERBA GUNA
- E News
- 2 days ago
- 2 min read
Menakrifkan Semula Pengembaraan dengan Kuasa Hibrid dan Keanggunan yang Tiada Tandingan

KUALA LUMPUR, 14 APRIL – GWM Malaysia bersedia untuk mentakrifkan semula segmen SUV off-road premium menerusi pelancaran GWM TANK 500 HEV yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Menyusuli kejayaan GWM TANK 300, model terbaharu ini menjanjikan gabungan pengembaraan, kemewahan dan teknologi canggih yang tiada tandingan, SUV ini direka khas untuk meningkatkan pengalaman setiap perjalanan.
GWM TANK 500 HEV menampilkan rangkaian kuasa yang mengagumkan dan efisien, menggabungkan prestasi dengan inovasi secara lancar. Dengan keupayaan off-road yang tiada tandigan serta keselesaan premium yang mewah, SUV ini dicipta untuk mereka yang menginginkan gabungan ketangguhan dan sofistikasi.
GWM TANK merupakan jenama off-road China nombor 1 di peringkat antarabangsa, kini membawa dominasi globalnya ke Malaysia selepas mencatatkan jualan kumulatif melebihi 600,000 unit dan mengekalkan gelaran SUV off road paling laris di China selama 52 bulan berturut-turut dengan bahagian pasaran melebihi 50%.
SUV off road mewah dengan 7 tempat duduk ini menggabungkan rekaan moden dengan keupayaan off-road yang canggih. Memiliki dimensi luaran sepanjang 5078 mm, lebar 1934 mm, tinggi 1905 mm serta jarak roda 2850 mm, ia dikuasakan oleh enjin hibrid 4-silinder turbo 2.0 liter bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. GWM TANK 500 HEV menjana kuasa gabungan sebanyak 255 kW (346PS) dan 648 Nm tork.
Dengan Sistem Pintar semua jenis permukaan yang merangkumi 11 mod pemanduan, TANK Turn, dan Kawalan Pelayaran Off-road, ia mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan senang sekali. Tambahan pula, sistem 4WD pintar dengan M-Lock, casis lutsinar dan bantuan pemanduan L2+ menjadikan ia SUV hibrid mewah yang unggul.
Di bahagian dalaman, ciri-ciri premium menjadi tumpuan utama – tempat duduk kulit NAPPA, sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan, kesemuanya direka untuk mempertingkatan pengalaman pemanduan yang unggul. Aspek keselamatan turut diberi keutamaan melalui struktur badan kukuh dan enam beg udara. Pelanggan ditawarkan tiga pilihan warna eksterior yang menarik: Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black.
Dalam pengumuman yang dinanti-nantikan, GWM Malaysia secara rasmi telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM terpilih di seluruh negara.
GWM JALAN IPOH |
GWM SUNGAI BESI |
GWM USJ |
GWM GLENMARIE |
GWM SETIA ALAM |
GWM IPOH |
GWM BUTTERWORTH |
GWM GEORGE TOWN |
GWM SEREMBAN |
GWM MELAKA |
GWM MOUNT AUSTIN |
GWM KUANTAN |
GWM KUCHING |
GWM LABUAN |
Bagi mereka yang teruja untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman SUV revolusioner ini, tempahan boleh dibuat sekarang.
Comentários