top of page

Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China Berjaya Diadakan di Kuala Lumpur

  • Writer: E News
    E News
  • 4 days ago
  • 1 min read

Kredit Foto : Halaman FB Dato Sri Fadillah Yusof
Kredit Foto : Halaman FB Dato Sri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 11 April 2025 – Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China telah berjaya diadakan hari ini di ibu kota, anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Xinhua, di bawah naungan Kementerian Komunikasi. Acara ini bertujuan memperkukuh kerjasama serantau antara negara-negara ASEAN dan China.


Forum yang bertemakan "Memperkukuh Kerjasama ASEAN-China" telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Fadillah Yusof. Dalam ucapan pembukaannya, beliau menegaskan komitmen kerajaan Malaysia memupuk dialog dan kerjasama multilateral untuk menangani cabaran serantau serta global.


"Kerjasama kita perlu kekal dinamik, berwawasan, dan memberi impak demi membentuk masa depan hubungan ASEAN-China," katanya, sambil menggariskan kepentingan sumbangan delegasi dalam memacu visi bersama untuk kemakmuran serantau.



Kredit Foto : Halaman FB Dato Sri Fadillah Yusof
Kredit Foto : Halaman FB Dato Sri Fadillah Yusof

Acara ini menyaksikan penyertaan kira-kira 250 wakil daripada lebih 160 organisasi media, kumpulan pemikir, agensi kerajaan, dan syarikat dari negara-negara ASEAN serta China. Para peserta terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai tiga topik utama yang menjurus kepada pengukuhan komitmen serantau.


Forum ini sejajar dengan teras Malaysia MADANI yang mempromosikan budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan, selain menjadi platform strategik untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih erat.


Hadir sama ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi  Md Isa; Ketua Pengarang Agensi Berita Xinhua, Encik Lyu Yansong; Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.

Comments


  • Youtube
  • Facebook
  • X
  • TikTok
  • Instagram

© 2025 Life News Agency

bottom of page