EAIC Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Dua Saksi Penting
- E News
- 3 days ago
- 1 min read
PUTRAJAYA, 11 April 2025 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan dua individu yang dipercayai saksi penting dalam satu kes yang sedang disiasat oleh pihak suruhanjaya.
Individu yang dikesan adalah:
Faisal bin A. Hamid
No. Kad Pengenalan: 740916-01-5469

Khairullah bin Ahmad
No. Kad Pengenalan: 710219-01-6231

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu ini atau mengenali mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat, Encik Abdul Faizzani bin Abdul Aziz, di talian 019-232 5569 dengan segera.
EAIC dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa kerjasama daripada orang awam amat penting untuk memastikan kelancaran siasatan serta menyokong usaha menegakkan integriti dan akauntabiliti dalam agensi penguatkuasaan di Malaysia.
Comments